Looking for something special?

Puding kek gulung



Bahan-Bahan:
  • 30 gram agar-agar
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 sudu mentega
  • 1 tin buah koktail
  • 1 biji kek gulung
  • secubit garam
  • 1 camca teh asen vanilla

Cara:

Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

Cadangan Hidangan:


Boleh dihidang bersama aiskrim perisa vanilla atau coklat.



Read more!
Read On 0 comments

Kek Oren Istimewa



Bahan-Bahan:
1 buku mentega
2 cawan gula kastor
3 cawan tepung gandum
5 biji telur
½ cawan susu cair
1 camca teh vanilla esen
2 camca besar kulit oren (diparut)
3 camca besar jus oren
1 camca teh serbuk penaik.

Cara:
1. campurkan gula dan mentega dan pukul hingga kembang dan putih. Jika adunan diangkat, ia tidak akan jatuh.
2. Masukkan telur dan esen vanilla ,pukul selama 4 minit atau hingga telur sebati dengan adunan.
3. Kemudian masukkan tepung gandum berserta serbuk penaik dan gaul sebati.
4. Setelah adunan sebati, masukkan jus oren, kulit oren dan susu cair. Gaul sebati.
5. Bakar adunan dalam suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.

Cadangan Hidangan:
1. Adunan kek juga boleh dicampur dengan buah-buhan kering sebelum dibakar.

Tambahan:
1. Susu cair boleh digantikan dengan susu pekat .Campurkan 2 camca besar susu pekat dengan air hingga menjadi 1/2 cawan.
2. Mentega juga boleh diganti dengan 2 cawan marjerin. Read more!
Read On 0 comments