Looking for something special?

Menghaluskan Kulit Muka

Petua 1 :
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.


Petua 2 :
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Petua 3 :
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

sumber : petua.org






Read more!
Read On 0 comments

Terkena atau Terpijak Paku Berkarat

Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api, apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari. Insyaallah baik.
Read more!
Read On 0 comments

Petua Menaikkan Seri Wajah

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu. Read more!
Read On 0 comments